Mudahnya menjadi manusia yg meninggalkan, tapi payah sebenarnya menjadi manusia yg ditinggalkan. Segenap hari- hari dilalui dgn mengenang memori2 dulu. Kadang2 bibir tersenyum.. Kadang2 mata bertakung.. Rapatnya diri, cepatnya masa berlari, sampai kini dah tak kunjung lagi. Kadang2 rasa kesal, kadang2 rasa rindu. Perlu lagi ke ditunggu?

Ada waktu rasanya nak sangat buang jauh2. Tapi manusia, lama mana kan lupa? Ada waktunya singgah menerpa, sesaat cuma. Tapi kesannya..

Andai memori sekeping kaca, hentakkan saja pada batu. Biar berderai, biar berkecai! Tapi memori tu macam projektor masa. Tak kira dimana, tak kira bila akan ligat berputar. Bukan salah badan, dan bukan salah hati. Cuma sedikit ruang untuk diri. Mengenal hati, mengenal budi dan mencari- cari. Silap benar, busuk wangi. Untuk mereka yg benar2 mengerti.

- Maaf.. Bagi mereka yg tidak pasti, sila abaikan catatan ini. Hanya utk mereka yg benar2 mengerti.

5 comments

darling, wlpun i antra sorg yg fhm stuasi u wlpun hnya srpihan, tp... cm ner nk ckp erk, bhsa yg u luahkn ni sgt indah. kaku kejap n tersentap la jgk wlpun i bkn org yg dmksdkn. aduh bhsa u klau buat puisi mmg blh gnti a.samad said la...

perli ke ape ni??
hahaaa..ada sikit rasa..ada sikit hati..

btw,thx sbb faham..ade gak yg sokong, penat asik dibangkang~

tiada salahnya jika terkenang memori lalu, tapi jangan jadikan ia sebagai bebanan dan membuatkan hati gusar dan tidak tenteram. biarkan ia berlalu...kita cuba harungi belukar di hadapan. biarkanlah cebisan kain kita yang tercarik pada duri tertinggal di belakang...

baca note kecik kt bwh post tu..
hanya utk yg mengerti..sekian, terima kasih~

Bukan salah badan, dan bukan salah hati. Cuma sedikit ruang untuk diri.....luv it!

(sokong dgn komen yg 1st...=))

Post a Comment

Copyright © EKSPERIMENTASI BISU / Template by : Urangkurai