..aku terkenang tentang soalan2 yg pernah dilontarkan satu masa..

Apa panjimu?
..panjiku? apa panjiku?
Apa panjimu?
..apa berbeza panjiku dan panjimu?
Apa panjimu?
..aku bernaung sekelompok di bawah panjiNya
Apa panjimu?
..Quran kitabku, Muhammad nabiku dan Ka'abah qiblatku
Apa panjimu?
..YANG KUASA di atas itu Tuhanku
Apa panjimu?
..Apa panjimu?
Aku soalkan, apa panjimu?
..warnanya merah
Jadi berbeza benar panjimu dan panjiku,
naunganku panji hijau itu!
..warna menjadi beza?
Iya, ini panjiku dan itu panji kamu, kita berbeza!
..sudut apa?
Muhajirin dan Ansar itu sendiri berbeza.
..lagi?
Syiah dan Sunni pun saling berbunuh.
..lagi?
Politik, ia politik. Dan fahaman itu pun membuatkan panji kita berbeza!
..ahh, *aku menggeleng*
Apa panjimu?
..ini panjiku
Apa panjimu?
..dan kau tidak sedar bahawa panjiku dan panjimu itu satu!
Bukti katamu?
.. Muhammad sarungkan merah saat dia ingin berjuang,
dan disarungkan hijau saat beribadah..
Bukti katamu?
..perbezaan Muhajirin dan Ansar menjadi satu saat lagu dilagukan,
          'Tala'al Badru Alaina
           min thaniyyatil-Wada'
           wajaba al-shukru 'alayna,
           ma da'a lillahi da'..
Bukti katamu?
..Syiah dan Sunni itu saling memerlu,
jika syiah melaksanakan hukum, Sunni pula gedung ilmu!
Bukti katamu?
..politik hanya memisahkan dua pemikiran, tp hati mereka satu.
Ingin mengecap kemakmuran, bukan?


lantas aku berlalu, membiarkan dia bersoal sendiri..
Apa panjimu?


Saat ini terlayang jauh,
jika saat ini Baginda Agung masih bernafas..
pasti air matanya menitis saat mendengar hujahan begitu..
Lantas hati terdetik,

Semoga aku masih di bawah PANJIMU..

*tahun baru, apa perlu panji baru?

Post a Comment

Copyright © 2025 EKSPERIMENTASI BISU / Template by : Urangkurai